Thursday, 25 August 2011

Ramadhan akan meninggalkan kita ...

26 Ramadhan 1432H
26 Ogos 2011M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu!
Salam Ramadhan al-Mubarak & Ramadhan Kareem diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Sesungguhnya bulan Ramadhan yang kita cintai ini semakin hampir ke penghujungnya. Bagaimanakah dengan perubahan diri kita sepanjang kita melalui madrasah Ramadhan ini? Adakah kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja? Atau, kita berubah menjadi seorang individu Muslim yang benar-benar beramal sepanjang bulan ini dengan Solat Terawih, membaca, bertadarrus dan tadabbur Al-Quraan & bersedeqah, Qiamullail, menziarahi sanak-saudara dan rakan-taulan, menziarahi hospital, menziarahi pusara, menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukan, membantu orang yang berada dalam kesulitan dan sebagainya.

Bagaimana dengan zakat dan fitrah, sudahkah kita keluarkan?

Sesungguhnya inilah beberapa persoalan yang sentiasa kita ajukan kepada setiap diri kita agar ia menjadi panduan untuk kita bermuhasabah.

"Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab (di akhirat)".

Mudah-mudahan dengan panduan ini, kita dapat sentiasa pertingkatkan kualiti diri kita dari hari ke hari.

Biarlah Ramadhan meninggalkan kita tetapi ia memberikan kesan yang jelas dengan suatu keazaman untuk menjadi Musim yang lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya.

Mudah-mudahan matlamat menjadi Muslim Mukmin yang Bertakwa akan menjadi kenyataan akhirnya seperti mana yang Allah Subhanahu wa Taala janjikan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa."

Sama-samalah kita doakan, insya'ALLAH.

Sekian, selamat berpuasa dengan penuh ketakwaan.

Friday, 13 May 2011

Sudahkah Kita Bersedia Untuk Kembali?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Saudara sekelian,

Apabila kita menyebut tentang balik kampung, sudah tentu kita akan mengimbau kembali kenangan tentang indahnya kampung halaman yang sekian lama kita tinggalkan. Kehijauan sawah-ladang, desiran air sungai yang mengalir, keriuhan ayam-itik, kerbau-lembu, kicauan murai dan beburung yang lain, bunyi cengkerik dan riang-riang rimba, keriangan kanak-kanak bermain di halaman rumah. Inilah nostalgia yang kerap diulang-ulang kenangannya sewaktu tiba musim perayaan atau kesempatan untuk pulang bercuti di kampung untuk bertemu dengan ayah-ibu, sanak-saudara dan teman lama...

Bagi sesetengah orang pula, balik kampung bermakna kita pergi menunaikan haji di Mekah al-Mukarramah. Kita menziarahi Masjid dan Makam Rasulullah SAW di Madinah al-Munawwarah dan menziarahi perkuburan Baqi', medan Uhud, Hudaibiah, Jabal Nur, Gua Hira', Jabal Rahmah dan sebagainya. Ada juga saudara kita yang diizinkan Allah terus disemadikan di tanah suci ini. Alhamdulillah, memang rezeki mereka yang telah ditentukan oleh Allah untuk wafat di sana.

Bagi Muslimin-Muslimat, hakikat balik kampung seharusnya dikaitkan dengan kembalinya kita kepada pemilik kita yang sebenarnya iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Mudah-mudahan kita diizinkan untuk terus kembali ke kampung halaman sebenar kita yang telah begitu lama ditinggalkan, cukup lama... sejak datuk & nenek kita Nabi Adam dan Siti Hawa akibat terpedaya dengan tipu helah Iblis yang durjana.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf:


Oleh itu, marilah kita usahakan selagi umur masih ada, pertingkatkan iman dan ketakwaan agar dapat kembali ke kampung halaman yang abadi, iaitu Syurga. Insya'Allah.

Monday, 21 February 2011

Masihkah Kau Ingat?

19 Rabiul Awwal 1432 Hijrah

Sudah seminggu kita meraikan ulang tahun keputraan Rasul yang kita kasihi, Nabi Muhammad SallaLlahu Alaihi Wasallam (SAW). Sebenarnya ada juga beberapa peristiwa pentingku berlaku di bulan ini: Kelahiranku dan pernikahanku dengan isteri tercinta juga berlaku pada bulan Rabiul Awwal ini. Mudah-mudahan ada keberkatannya...

Di petang yang dingin ini, aku cuba mengingati nama-nama rakan sekelasku dan juga guru-guruku sewaktu berada di sekolah rendah dari Tahun 1969 hingga 1974. Dahulu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sungai Petai atau SKSP. Kemana agaknya mereka berada sekarang ini?

Murid Lelaki:(*)
1. Abdul Rahman bin Ismail
2. Abdul Rahim bin Abu Bakar
3. Azhar bin Mohd. Naim
4. Idris bin Abu Hassan
5. Idris bin Long Chik
6. Idris bin Md. Din
7. Jasmi bin Musa
8. Kamarudin bin Ali Mohamad
9. Karim bin Haron
10. Kasim bin Abdul Ghani
11. Mansor bin Arshad
12. Md. Nor bin Kasim
13. Md. Sali bin Kasim
14. Musa bin Ismail
15. Nordin bin Jantan
16. Rahmat bin Mohamad Ali
17. Ramli bin Omar
18. Saat bin Sharif
19. Senin bin Sharif
20. Zulkifli bin Senin


Murid Perempuan:(*)
1. Hasbi binti Ahmad
2. Karliah binti Hussin
3. Khatijah binti Puteh
4. Mahani binti Jantan
5. Nafisah binti Abdul Kadir
6. Norliah binti Abdul Talib
7. Noorsiah binti Abdul Majid
8. Rabiah binti Omar
9. Ramlah binti Abdul Hamid
10. Rohana binti Jantan
11. Rokiah binti Md. Said
12. Samilah binti Ajis
13. Suraya binti Hashim
14. Zabedah binti Abdullah
15. Zainab binti Hussin
16. Zaleha binti Abdul Salam

Guru-guru Kelas Kami:(*)
Darjah 1: Cikgu Hjh Maznah binti Hj Abd. Rahman (Allahyarhamah)
Darjah 2 & 3: Cikgu Zainuddin bin Abu Hassan
Darjah 4: Cikgu Johari bin Hassan
Darjah 5: Cikgu Abdullah bin Md. Dom
Darjah 6: Cikgu Norbaya

Guru-guru Lain:
Guru Besar: 1. Cikgu Adam (1969)
2. Cikgu Syed Ali bin Abu Bakar

Guru Agama: Ustaz Md. Zin bin Ibrahim


(*) Jika ada yang tertinggal atau tersilap, saya mohon maaf!

Monday, 31 January 2011

Banjir oh Banjir!


Assalamualaikum!
Masih ingat lagi tahun pertama saya menjawat pekerjaan sebagai seorang pendidik. Saya telah diarahkan bertugas di Bandar Segamat. Pada tahun 1985 Segamat masih merupakan sebuah bandar kecil yang berada di utara negeri Johor. Daripada segi kemudahan cukup - ada pejabat pos, bank, stadium, hospital, sekolah, institusi pengajian tinggi (ITM), stesen bas dan stesen keretapi.

No, bukan itu yang saya nak cerita...

Sebenarnya saya telah menyewa rumah di Jalan Temenggung, Kampung Brata. Pada awal tahun 1986, saya mula merasai pengalaman banjir di Segamat...