Friday, 13 May 2011
Sudahkah Kita Bersedia Untuk Kembali?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Saudara sekelian,
Apabila kita menyebut tentang balik kampung, sudah tentu kita akan mengimbau kembali kenangan tentang indahnya kampung halaman yang sekian lama kita tinggalkan. Kehijauan sawah-ladang, desiran air sungai yang mengalir, keriuhan ayam-itik, kerbau-lembu, kicauan murai dan beburung yang lain, bunyi cengkerik dan riang-riang rimba, keriangan kanak-kanak bermain di halaman rumah. Inilah nostalgia yang kerap diulang-ulang kenangannya sewaktu tiba musim perayaan atau kesempatan untuk pulang bercuti di kampung untuk bertemu dengan ayah-ibu, sanak-saudara dan teman lama...
Bagi sesetengah orang pula, balik kampung bermakna kita pergi menunaikan haji di Mekah al-Mukarramah. Kita menziarahi Masjid dan Makam Rasulullah SAW di Madinah al-Munawwarah dan menziarahi perkuburan Baqi', medan Uhud, Hudaibiah, Jabal Nur, Gua Hira', Jabal Rahmah dan sebagainya. Ada juga saudara kita yang diizinkan Allah terus disemadikan di tanah suci ini. Alhamdulillah, memang rezeki mereka yang telah ditentukan oleh Allah untuk wafat di sana.
Bagi Muslimin-Muslimat, hakikat balik kampung seharusnya dikaitkan dengan kembalinya kita kepada pemilik kita yang sebenarnya iaitu Allah Subhanahu Wa Taala. Mudah-mudahan kita diizinkan untuk terus kembali ke kampung halaman sebenar kita yang telah begitu lama ditinggalkan, cukup lama... sejak datuk & nenek kita Nabi Adam dan Siti Hawa akibat terpedaya dengan tipu helah Iblis yang durjana.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf:
Oleh itu, marilah kita usahakan selagi umur masih ada, pertingkatkan iman dan ketakwaan agar dapat kembali ke kampung halaman yang abadi, iaitu Syurga. Insya'Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)