Thursday, 27 December 2012
Perhimpunan Keluarga Ketujuh 2012
Assalamualaikum wr. wb.
Pada Hari Ahad, 23 Disember 2012, sekali lagi Allah izinkan kami ahli waris KESUMA (Keluarga Haji Sumadi - Hjh Mujinah) berkumpul beramai-ramai bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara. Kali ini perhimpunan diadakan di rumah Tuan Haji Abdul Rashid bin Haji Sumadi (lebih dikenali sebagai Tok Bahrim)di Kg. Parit Rasidi, Seri Wangi, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Perjumpaan kali ini dimulakan dengan bacaan Surah Yasin & Tahlil diikuti oleh ucapan perasmian oleh Tuan Penghulu Mukim Seri Medan.
Selepas itu, diadakan pula mesyuarat agung keluarga bagi membincangkan aktiviti yang dijalankan serta melantik Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi Tahun 2013 - 2014.
Selepas menikmati jamuan makan tengahari & solat zohor, aktiviti diteruskan dengan pertandingan azan, berzanji, nasyid & permainan merebut kerusi.
Aktiviti diselang-seli dengan cabutan nombor bertuah. Boleh dikatakan semua ahli yang hadir dapat hadiah.
Perhimpunan kali ini tamat kira-kira pada pukul 5.00 petang.
Mudah-mudahan perhimpunan yang akan datang lebih meriah lagi, insyaAllah.
Friday, 3 February 2012
Kita ni insan biasa ...
Assalamualaikum wr. wb.
Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,
sesungguhnya kita sebagai manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting, kita akui kesilapan tersebut dan perbaiki. Jangan ulangi kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang kali!
Seperkara lagi kita jangan menuding jari kepada orang lain jika memang kita yang melakukan kesilapan tersebut, sebab ibarat jari-jemari tangan kita nan sepuluh: jika kita tunjuk dengan satu jari telunjuk, ibu jari akan ikut menunjuk... tetapi jari tengah (hantu?), jari manis dan jari kelingking tetap menunjuk ke arah diri kita sendiri!
Lebih bahaya lagi, jika menunjuk dengan ibu jari! Keempat-empat jari yang lain tu akan menunjukkan ke arah diri kita sendiri!
Begitulah fitrah yang telah Allah jadikan untuk kita sama-sama renungi...
Marilah kita bermuhasabah agar tidak berterus-terusan melakukan kesilapan serta tidak angkuh dengan mengatakan "aku sahajalah yang betul!".
Kita ni hamba Allah, sudah tentu ada banyak kekurangan...
Berusaha dan berdoalah agar kita menjadi lebih baik dari sehari ke sehari sehingga kita kembali kepadaNya.
Allahu a'lam.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)