Sunday, 22 March 2020

Ingatkan sekejap je...!

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuhu!
Lama dah tak menaip dalam laman blog ni.
Maklumlah banyak perkara yang perlu difikirkan (alasan...).
Ini pun kebetulan terpaksa berkurung di rumah anak di Taman Ixora Shah Alam semenjak PM mengumumkan PKP bermula 18 hingga 31 Mac 2020. -
Ingat hati cuma nak datang sehari-dua je... Allah izin terpaksa "stay where you are" sehingga hujung bulan.
Perancangan kami begini:

Jumaat (13/03/2020) - selepas meziarahi kenalan yang bakal mengadakan majlis walimah esok dan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Koris, nak terus bergerak ke Shah Alam.

Sabtu (14/03/2020) - sarapan pagi di Warung Imam Muda, Jalan Hj. Hussin. Tengahari terus ke Jln Sg Bertih, Telok Gadong, Klang meraikan majlis pertunangan Faiq Azman.

Ahad (15/03/2020) - sarapan pagi di Restoran Hartini, Seksyen 10, Shah Alam. Lepas tu ke UTC Shah Alam, kemudian ke Mydin Seksyen 18 dan makan petang di Seksyen 24.

Isnin (16/03/2020) - sarapan pagi di Warung Imam Muda, kemudian hantar MyVi ke bengkel. Makan tengahari di Warung D'Nangka. AN3 "warded in HTAR."

Selasa (17/03/2020) - PM umumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebagai usaha menghentikan serangan COVID19.

Rabu (18/03/2020) - Abid tiba di Klang Sentral pukul 5 pagi. AN3 melahirkan anak ke-2 (L) pukul 3.45 pagi.

Khamis (19/03/2020) - Berkurung di Taman Ixora je.

Jumaat (20/03/2020) - Shopping at MyDin. Malam - "Baby boy" kembali ke Taman Ixora.

Sabtu (21/03/2020) - Hantar Azim ke Seksyen 24 untuk ambil MyVi bawa ke Taman Ixora.

Ahad (22/03/2020) - ATM & PDRM mula buat sekatan yang lebih ketat mulai 12.01 pagi.

Isnin (23/03/2020) - ???