16 Syawal 1441 (8 Jun 2020 - Isnin)
Dirgahayu Tuanku DYMM Yang Dipertuan Agung Malaysia XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Hari ini cuti sempena Hari Keputraan Rasmi Baginda.
Semalam PM dah umumkan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Jun 2020 dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Ini bermakna pergerakan merentas sempadan negeri dan aktiviti melancung dalam negara sudah dibenarkan!
Dah boleh balik kampung!
Bulan Syawal pun masih berbaki setengah bulan lagi... masih boleh beraya mengunjungi ibu bapa dan saudara. Cuma perlu ikut SOP #Kawalan Kendiri. Jaga kebersihan, jumlah kehadiran tidak melebihi 20 orang, pakai pelitup muka dan kerap basuh tangan.
الحمدلله