Sunday, 16 April 2023

Ramadhan 1444 - Mudah-mudahan beroleh Taqwa.

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh! Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Subhanahu wa Taala kerana masih diizinkan berada dalam bulan yang mulia yang penuh dengan rahmah, keberbakatan dan maghfirah ini. Marilah kita pertingkatkan amalan ibadah kita di bulan yang Allah janjikan pahala berlipat ganda ini dengan penuh keimanan dan pengharapan daripadaNya. Mafhum hadith Nabi Sallallahu alaihi wasallam; :"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu." Hadith kedua; Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, bahawa Rasulullah Sallallahualaihi wasallam bersabda: "Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut sekiranya (seseorang itu) menjauhi dosa-dosa besar." [Hadith Riwayat Muslim]

Thursday, 23 February 2023

Taiping, 24 Februari 2023

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh! Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di ruangan maya ini. Hari ini kami sekeluarga berkumpul sekali lagi di Bandar Taiping, Negeri Perak Darul Ridzwan. Hari yang amat penting dan akan menjadi sejarah buat kami sekeluarga terutama sekali anak kelima kami... Hari yang dijanjikan dengan penuh kesabaran akhirnya tiba jua. InsyaAllah pukul 4.00 petang nanti akan termeterailah suatu ikatan pernikahan di antara mereka, anak dan bakal menantu kami di Masjid Al-Hadhri. Semoga Allah merahmati, memberkati dan memanjangkan jodoh mereka berdua sehingga ke Jannah. Insya'Allah.