Sunday, 26 December 2010
Perhimpunan Keluarga Kali Ke-6 2010
Assalamualaikum wr. wb.
Bertemu kembali. Pada hari Sabtu, 25 Disember 2010 (19 Muharram 1432) sekali lagi kami berjaya mengadakan Perhimpunan Keluarga Hj Sumadi - Hjh Mujinah buat kali keenam. Pada kali ini majlis berkenaan diadakan di Dewan Seri Medan, Batu Pahat.
Walaupun peratus kehadiran pada kali ini tidak begitu tinggi, perjalanan majlis tetap meriah. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Datuk Penghulu Seri Medan, diikuti dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Sobri Omar. Kedua-duanya menjelaskan tentang kepentingan hubungan silaturrahim antara umat Islam khususnya sesama ahli keluarga. selepas mesyuarat keluarga, diadakan pula acara persembahan oleh setiap keluarga anak-anak Hj Sumadi & Hjh Mujinah. Sebanyak lapan persembahan telah dipertontonkan - ada pentomen, penyampaian sajak, persembahan nasyid, multimedia dan karaoke. Masing-masing telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang menarik. Keputusan juri adalah muktamad. Tempat pertama telah dimenangi oleh Keluarga Hjh Muhayah bt Hj Sumadi - Hj Kassim bin Muhammad dengan persembahan pentomen, kedua - Keluarga Hjh Mutiah bt Hj Sumadi - Allahyarham Hj Mohsin bin Ramli dengan persembahan nasyid oleh lima orang gadis sunti cucu kepada Hjh Mutiah, manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Keluarga Allahyarham Hj Sharif bin Sumadi - Allahyarhamah Hjh Absah bt Abdullah (keluarga kamilah tu!) dengan persembahan multimedia pengenalan ahli keluarga diiringi dengan penyampaian nasyid oleh lapan orang teruna.
Majlis tamat pada pukul 5.45 petang.
Tuesday, 30 November 2010
Kenangan di SDAR Jalan Sikamat Seremban (1975-1979)
Inilah gambar-gambarku sewaktu belajar di SDAR. Masa tu, junior masih pakai short lagi.
1975 - Tingkatan 1 Biru
1976 - Tingkatan 2 kuning
1977 - Tingkatan 3 Kuning
1978 - Tingkatan 4 Einstein
1979 - Tingkatan 5 Einstein
1980 - LSST (beberapa bulan sebelum keluar keputusan SPM & sebelum masuk UTM)
Friday, 29 October 2010
Sehari di Telok Cempedak
Friday, 3 September 2010
24 Ramadhan 1431H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu!
Apa khabar saudara muslimin dan muslimat sekelian?
Akhirnya kita diizinkan jua memasuki bahagian ketiga Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan ini.
Di bulan ini Allah telah janjikan sekiranya kita beramal, akan dilipatgandakan pahalanya. Bayangkan jika kita sedeqah RM1 sahaja, Allah akan beri balasan sehingga 700 kali ganda. Kalau dapat dikira lebih-kurang RM700, banyak tu!
Itu baru RM1, bagaimana kalau sedeqah RM5, RM10 atau RM100?
Cubalah kira!
Di bahagian terakhir Ramadhan ini, kita disunatkan mengintai-intai kehadiran Lailatul-Qadr, bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan. Begitulah maksud Firman Allah dalam Surah Al-Qadr. Malam yang penuh dengan keberkatan dan kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Marilah kita teruskan amalan kita sehingga Allah anugerahkan nikmat lailatul-qadr kepada kita. Insya'Allah jika kita ikhlas beramal dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, Allah akan anugerahkan...berdoalah.
Seterusnya marilah kita doakan agar sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang sedang sakit agar dianugerahkan kembali kesihatan oleh Allah Subhanahu wata'ala.
Begitu jugalah marilah kita doakan agar Allah ampunkan segala dosa kita serta dosa orang-orang yang kita kasihi samada yang masih hidup mau pun yang telah meninggalkan kita. Mudah-mudahan ruh mereka ditempatkan bersama-sama ruh orang-orang soleh-solehah, yang mendapat nikmat di sisi Allah.
Amin.

Wednesday, 25 August 2010
16 Ramadhan 1431H
Berjumpa kembali!
Salam Ramadhan Kareem!
Diam tak diam dah lebih separuh bulan Ramadhan kita lalui. Bagaimana dengan ibadah kita setakat ini? Ada peningkatan? Dah banyak surah yang dibaca? Dah biasa dengan solah malam? Solah terawih masih diteruskan? Tak pernah tertinggal?
Jika ya jawapannya, alhamdulillah! Ayuh kita teruskanlah usaha kita dalam bulan yang mulia ini. Inilah bulan istimewa yang telah dianugerahkan ALLAH kepada semua umat Islam, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh dengan kerahmatan ALLAH.
Bulan Ramadhan awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan, akhirnya pembebasan dari api neraka. Begitulah maksud hadis yang biasa kita dengar.
Mudah-mudahan sepertiga Ramadhan yang pertama kita lalui itu telah tidak kita persiakan untuk meraih kerahmatan dan keberkatan ALLAH SWT.
Di sepertiga yang kedua ini pula, marilah kita usahakan agar mendapatkan keampunan ALLAH di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan. Marilah kita perbanyakkan munajat dan bertaubat daripada dosa-dosa kita yang lalu, samada kecil maupun yang besar. Kita mohon ampun daripada ALLAH SWT yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Tuhan yang amat mengasihi hamba-hambanya.
Mudah-mudahan dengan ini ALLAH akan sentiasa mendorong diri kita untuk mengerjakan amalan yang soleh, melaksanakan amal kebajikan dan menghindari kejahatan dalam apa jua bentuknya. Insya' ALLAH. Amin.

Thursday, 12 August 2010
3 Ramadhan 1431H
Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wa ilaihinnusyur.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberikan rahmatNYA kepada kita untuk melihat keindahan alam ini sehari lagi. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Bagaimana dengan ibadah-ibadah yang lain: Tadarus Al-Quraan dah sampai juzuk ke berapa? Bangun sahur - makan apa pagi tadi? Qiamullail - masih mengantuk lagi ke bangun di awal pagi? Solat Terawih malam tadi ok ke? Dah mula bayar zakat fitrah - malam tadi tok amil dah buat pengumuman tentang kadar zakat pada tahun ini. Mungkin kita perlu bayar lebih awal agar mudah wang tersebut diagih-agihkan kepada fakir-miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Mudah-mudahan wang yang kita keluarkan itu diterima dan diberkati oleh ALLAH SWT. Insya'ALLAH.
Tuesday, 10 August 2010
1 Ramadhan 1431H
Di pagi yang hening, kami mulakan dengan aktiviti bersahur secara sederhana. Selepas menunaikan solah Subuh di Masjid Ar-Raudhah, kami mula menyambung tadarus Surah al-Baqarah.
Lepas tu, kami bersiap untuk menghadiri mesyuarat, kebetulan hari ini cuti sempena kedatangan Awal Ramadhan.
Monday, 9 August 2010
Selamat Datang Ramadhan
Hari ini 29 Sya'ban 1431H. Petang nanti rombongan para ulamak akan menjalankan tugas mereka meneropong kehadiran Hilal Ramadhan. Jika nampak, maka esok kita akan mula berpuasa Ramadhan. Jika tak nampak, bergantung pula kepada hisab Ahli Kaji Falak yang arif lagi bijaksana. Seperti biasa, apa-apa pun kita tunggu pengumuman daripada Pemegang Mohor Besar Raja-Raja di kaca TV dan di corong-corong radio.
Jika 1 Ramadhan bermula petang esok, maka bermulalah bulan yang penuh bermakna kepada seluruh umat Islam. Tidak kira di mana mereka berada, kehadiran Ramadhan sekali lagi memberi peluang untuk mempertingkatkan amal ibadah yang akan diberikan ganjaran berlipat-lipat kali ganda oleh ALLAH Subhanahu wa Taala. Bermula dengan Solah Sunat Terawih, diikuti dengan Tadarus Al-Quraan, berniat puasa, makan sahur di waktu dinihari dan seterusnya berpuasa di siang harinya. Begitu pulalah ibadah iringan iaitu mengeluarkan zakat fitrah bagi setiap Muslim mula dibayar di samping zakat harta dan sedeqah kepada yang memerlukan.
Friday, 25 June 2010
Try to Remember or Forget it Forever?
Setiap dari kita sudah pasti mempunyai beberapa peristiwa atau kenangan yang sukar untuk dilupakan. Sama ada ia merupakan kenangan yang manis mahu pun kenangan yang pahit. Misalnya, jika seseorang pernah mendapat anugerah kecemerlangan dalam pelajaran atau kerjaya, tentulah peristiwa itu akan diingati sehingga beberapa ketika. Begitu juga saat kita meraih kejayaan dalam sesuatu aktiviti, sudah barang tentu akan dikenang bertahun-tahun lamanya.
Bagaimana pula jika kita mengalami peristiwa yang menyayat hati seperti kehilangan orang yang sangat dikasihi atau mengalami kerugian dalam perniagaan atau pelaburan, adakah mudah untuk kita lupakan begitu saja?
Subscribe to:
Posts (Atom)