Friday, 3 September 2010

24 Ramadhan 1431H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu!
Apa khabar saudara muslimin dan muslimat sekelian?
Akhirnya kita diizinkan jua memasuki bahagian ketiga Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan ini.

Di bulan ini Allah telah janjikan sekiranya kita beramal, akan dilipatgandakan pahalanya. Bayangkan jika kita sedeqah RM1 sahaja, Allah akan beri balasan sehingga 700 kali ganda. Kalau dapat dikira lebih-kurang RM700, banyak tu!

Itu baru RM1, bagaimana kalau sedeqah RM5, RM10 atau RM100?
Cubalah kira!

Di bahagian terakhir Ramadhan ini, kita disunatkan mengintai-intai kehadiran Lailatul-Qadr, bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan. Begitulah maksud Firman Allah dalam Surah Al-Qadr. Malam yang penuh dengan keberkatan dan kesejahteraan sehingga terbit fajar.

Marilah kita teruskan amalan kita sehingga Allah anugerahkan nikmat lailatul-qadr kepada kita. Insya'Allah jika kita ikhlas beramal dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, Allah akan anugerahkan...berdoalah.

Seterusnya marilah kita doakan agar sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang sedang sakit agar dianugerahkan kembali kesihatan oleh Allah Subhanahu wata'ala.

Begitu jugalah marilah kita doakan agar Allah ampunkan segala dosa kita serta dosa orang-orang yang kita kasihi samada yang masih hidup mau pun yang telah meninggalkan kita. Mudah-mudahan ruh mereka ditempatkan bersama-sama ruh orang-orang soleh-solehah, yang mendapat nikmat di sisi Allah.

Amin.

No comments:

Post a Comment